Saturday, 31 March 2018

Bina rumah di kampung (1)







Inilah rumah saya yang sedang dibina di Terengganu. Luasnya 1479 kaki persegi. Kontraktornya Faridaz sdn.bhd. Searching di fb dan google je masa nak cari kontraktor ni. Sebab bukan selalu balik kampung, jadi tak kenal sangat kontraktor. Alhamdulillah, setakat ni tiada masalah. Rumah mula dibina bulan 2, rasanya cepat juga mereka buat kerja. Cuti sekolah bulan 3 hari tu, saya dan suami pulang ke Terengganu untuk beli tiles rumah, mangkuk tandas, lampu . Kami beli di Aik Hoe di Jalan Ladang. Kebetulan ada sales, maka jimat la duit. Kipas kami beli di kedai kipas kdk, Jalan Tok Lam. Kami beli 8 buah kipas kdk yang putih biasa tu, dapat harga RM135 sebuah kipas. Rasanya dah ok harga tu. Harga asal dalam katalog RM145.